|
PERUTUSAN LAMAN WEB JANUARI 2018
YANG BERUSAHA ENCIK JUMAINI BIN HAILI
DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….. Salam Sejahtera…..
Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana di atas limpah kurnia dan izinNya tahun 2017 telah berjaya diharungi dengan penuh dedikasi dan jayanya. Pada kesempatan ini saya ingin mengambil ruang dan peluang untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuching Utara di atas komitmen dan kerja keras yang telah ditunjukkan dalam menjalankan segala tugas yang telah diamanahkan sepanjang tahun 2017.
Pencapaian cemerlang yang diraih sepanjang tahun 2017 adalah manifestasi komitmen dan iltizam seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuching Utara kepada perkhidmatan awam dan juga kepada Bandaraya Kuching.
Kedatangan tahun 2018 tentunya akan memberikan cabaran yang baharu kepada seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuching Utara. Sebagai sebuah organisasi yang berperanan untuk mentadbir Bandaraya Kuching, saya menyeru kepada seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk terus mengamalkan budaya kerja yang berprestasi tinggi dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dan mengamalkan amalan budaya kerja yang cemerlang dan berintegriti tinggi agar agenda utama Dewan Bandaraya Kuching Utara pada tahun 2018 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Justeru, sempena dengan kehadiran tahun 2018, marilah kita semua berusaha lebih tekun lagi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh warga Bandaraya Kuching serta menjadikan Bandaraya Kuching lebih kondusif, berjiwa dan berdayahuni.
Akhir kata, semoga tahun 2018 akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Sekian…..
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....
JUMAINI BIN HAILI
PENGARAH DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA |