Surat Pekeliling dikeluarkan sebagai pengumuman rasmi Kerajaan, yang merupakan salah satu punca kuasa untuk penjawat awam melaksanakan tugasan serta memastikan proses dan prosedur kerja dipatuhi. Seiring dengan perkembangan semasa, terdapat Surat Pekeliling Bersama yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Persekutuan Sarawak yang telah lapuk dan tidak lagi relevan. Sehubungan itu, Surat Pekeliling Bersama ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Financial Circular No.6/1964: Outbound Motors - Safety Precautions yang telah dikeluarkan pada 10 Julai 1964 adalah DIBATALKAN berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Bersama ini dikeluarkan. Surat Pekeliling Bersama Bil.1/2024
Seperti yang kita sedia maklum, Surat Pekeliling dikeluarkan sebagai surat pengumuman rasmi Kerajaan, yang merupakan salah satu punca kuasa untuk penjawat awam melaksanakan tugasan serta memastikan proses dan prosedur kerja dipatuhi. Seiring dengan perkembangan semasa, terdapat Surat Pekeliling Bersama yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak bersama Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak yang telah lapuk dan tidak lagi relevan.
Sehubungan itu, Surat Pekeliling Bersama ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Surat-Surat Pekeliling Bersama di Lampiran A yang telah dikeluarkan antara tahun 1969 sehingga 1988 adalah DIBATALKAN berkuat kuasa pada tarikh Surat Pekeliling Bersama ini dikeluarkan. Surat Pekeliling Bersama Bil.2/2024
Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) akan menganjurkan Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i) 2024 yang akan disempurnakan oleh YAB Premier Sarawak pada 10 Oktober 2024 (Khamis).
UNIONS berbesar hati menjemput semua penjawat awam untuk hadir secara maya melalui siaran secara langsung melalui Facebook dan Youtube rasmi UKAS.
07 October 2024
Dear valued customer,
You are invited to participate in our annual SAINS Customer Satisfaction Survey 2024.
This survey is being conducted to collect your input to improve our product and provide you with the most exemplary service possible. From your engagement with SAINS, kindly complete this questionnaire to share your experience with us. All information that we collect during this survey will be kept strictly confidential.
This survey form is accessible at the link below:
https://customersurvey.sains.com.my/scssms/survey/survey/public_response/1/1-2024-9-35/
Thank you, and we appreciate your contribution to our improvement.
*Kindly disregard this message if you have already participated in this survey.
|Privacy Policy|
Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Subjek Jabatan (PSJ) Sesi 2/2024 bagi tujuan Pengesahan akan diadakan mulai 23 hingga 25 Oktober 2024. Sila rujuk Surat Rasmi berkenaan Senarai Nama Calon Peperiksaan PSJ Sesi 2/2024 di Lampiran A .
i. Jadual Peperiksaan PSJ Sesi 2/2024ii. Informasi Tatacara Menghadiri Peperiksaan
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Urus Setia Peperiksaan Jabatan, Jabatan Kerja Raya Sarawak - Pn. Salina Binti Juhai / Pn. Florence Umba Anak Johnny di talian 082-368243. Sekian, terima kasih.
POSTER PENUH KONFEREN JUBLI 2024
Salam Sejahtera & Salam Sarawak Maju Makmur!
Warga Perkhidmatan Awam Sarawak adalah dijemput untuk sama-sama menimba ilmu di Konferen Jubli Psikologi, Kaunseling dan Kesejahteraan Perkhidmatan Awam Sarawak Tahun 2024 anjuran Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh: 8-9 Oktober 2024 (Selasa & Rabu)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Raia Hotel & Convention Centre
Pelbagai pengisian menarik akan diadakan seperti:
✨ Sesi Ucaptama
✨ Ceramah Motivasi
✨ Bengkel Selari
✨ Pameran
📌 Penyertaan terbuka untuk kakitangan Perkhidmatan Awam Sarawak mengikut kuota yang telah ditetapkan. Sila daftar menerusi pejabat masing-masing. Surat jemputan juga telah dipanjangkan kepada HRC dan HRO agensi.
Terima kasih & Jumpa anda disana!
Sebarang pertanyaan lanjutan ...
Untuk makluman, pihak kami telah mengambil maklum beberapa isu yang telah dikemukakan oleh agensi mengenai calon katehori Pengesahan Dalam Perkhidmatan yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) sesi 2/2024 pada pautan lama (EX.2024-0001) dab tidak mendaftar semula ke pautan baharu (EX.2024-0003) seperti yang telah dimaklumkan.
Oleh yang demikian, setelah mengambil kira keadaan pegawai yang berada di dalam tempoh percubaan dan masih belum lulus peperiksaan, pihak kami hanya memproses permohonan calon kategori Pengesahan Dalam Perkhidmatan sahaja bagi menduduki peperiksaan PANS sesi 2/2024.
Calon-calon terlibat bolehh mula menyemak nombor angka giliran melalui pautan https://shru.sarawak.gov.my/exam/index.php bermula daripada tarikh surat ini dikeluarkan.
Surat Rasmi