Hari Bersama Pelanggan SPANS 2024
Sertai kami untuk Hari Bersama Pelanggan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)!
📅 Tarikh: 8 November 2024
📍 Tempat: Tingkat 2, Hikmah Exchange Event Centre Kuching
⏰ Masa: : 8.30 AM - 5:00 PM
Aktiviti Menarik:
- Sesi Soal Jawab dengan Pegawai SPANS
- Hadiah Cabutan Bertuah
Jangan lepaskan peluang ini untuk berinteraksi dengan kami dan mendapatkan maklumat terperinci tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh SPANS!
Sila klik link di bawah untuk keterangan lebih lanjut
https://pdf.ac/3eosuZ
Dimaklumkan bahawa YBhg. Datu Jack anak Liam, Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak akan menghadiri kursus Cambridge Advanced Leadership Program mulai pada 3 hingga 22 November 2024. Sehubungan itu, jawatan Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak akan dipangku oleh Encik Paul Bond anak Chamberlin untuk tempoh tersebut.
Sekian. Terima kasih.
Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sarawak Kesembilan Belas akan bermula pada hari Isnin, 11 November 2024 hingga Rabu, 20 November 2024 bersamaan dengan 9 Jamadilawal 1446 hingga 18 Jamadilawal 1446 Hijrah (kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) bertempat di Dewan Mesyuarat, Aras 8, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUNS), Petra Jaya, Kuching pada jam 9.00 pagi setiap hari persidangan.
2 Kehadiran Ketua Jabatan adalah berdasarkan jemputan daripada pihak Dewan Undangan Negeri. Ketua Jabatan yang dijemput adalah diwajibkan hadir pada persidangan tersebut. Sekiranya Ketua Jabatan tidak dapat hadir sendiri atas sebab keuzuran atau urusan-urusan lain yang sangat penting, maka Timbalannya atau Pegawai Kanan perlu hadir dalam sesi persidangan tersebut. Kod Pakaian sepanjang persidangan adalah Lounge Suite Hitam/Gelap.
3. Sehubungan dengan itu, penglibatan pegawai dan kakitangan dari ...
Perpustakaan Bandaraya DBKU akan mengadakan Pertandingan Digital Info Hunt Edisi Remaja. Pertandingan ini akan diadakan pada 16 November 2024 (Sabtu), jam 6.30 pagi di Majma Mall. Penyertaan terbuka kepada peserta berumur 15 hingga 18 tahun sahaja. Penyertaan adalah secara berkumpulan (3 orang dalam 1 kumpulan). Kepada yang berminat penyertaan adalah percuma sila imbas Kod QR yang disediakan atau klik link https://forms.gle/M34YqQHsM8kA1LR86 untuk syarat-syarat dan borang pendaftaran. Tarikh tutup penyertaan pada 11 November 2024 (Isnin).
Sebarang penyertaan sila hubungi Cik Siti Fatimah Bt Salleh di talian 082-507403/507099.
Dimaklumkan, berikut adalah alamat pengoperasian pejabat terkini untuk :
(i) Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty)
Tingkat 5, Wisma Sultan Tengah, Jalan Sukma, Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak
(ii) Pejabat Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar
Tingkat 3, Bangunan Baitul Makmur, Medan Raya, Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak
Tel: 082-374 089 |. Fax: 082-374 079