Surat pekeliling ini bertujuan untuk menambah baik pengurusan, pelaksanaan dan tadbir urus projek Rural Transformation Projects (RTP). Ianya disediakan dengan mengambil kira keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 20 Februari 2020 untuk memperkasa peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebagai peneraju projek untuk melaksanakan RTP.
GARIS PANDUAN BAHARU PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN RURAL TRANSFORMATION PROJECTS (RTP)
Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan PANS Sesi April Tahun 2025 akan berlangsung seperti pada Lampiran A.
Calon daripada agensi PBT dan BBN perlu mengemukakan permohonan menggunakan borang LPPANS/JKM-SHRU (2021) yang boleh dimuat turun melalui Portal Sarawaknet.
Calon daripada agensi PANS adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan menggunakan permohonan melalui Sistem SCS-GEMS.
Manakala bagi calon dalam Gred H1 (SSPA) dan Gred 11 (SSM) hendaklah mengemukakan permohonan menggunakan borang LPPANS/JKM-SHRU (2021) yang boleh dimuat turun melalui Portal Sarawaknet.
Pegawai Seranta :
Puan Norsyafikah Binti Jamain (082-445611)
Puan Suziana Binti Buang (082-313142)
Encik Hamadi Bin Matnor (082-445611)
Surat Rasmi
Garis panduan ini menetapkan garis panduan kepada Pegawai Pengawal Kementerian/Jabatan Negeri Sarawak mengenai prosedur permohonan kelulusan khas di bawah Arahan Perbendaharaan 58(a) [AP 58a] dan memperkemas tatacara permohonan dan menggariskan syarat-syarat pertanggungan yang tertakluk di bawah Arahan Perbendaharaan 58(a) untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Melulus.
Klik untuk maklumat lanjut Circular Budget.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa YAB Premier Sarawak telah mengumumkan Bantuan Komputer Riba Percuma dan Baucar Buku untuk pelajar Sarawak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia semasa Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19.
3. Bersama-sama ini disertakan di lampiran adalah Garis Panduan bagi Bantuan Komputer Riba Percuma dan Baucar Buku untuk pelajar Sarawak di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Datuk/ Dato Sri/ Datu/Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan sewajarnya.
4. Perhatian dan kerjasama YBhg. YBhg. Datuk/ Dato Sri/ Datu/ Dato/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
GARIS PANDUAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN, INOVASI DAN PEMBANGUNAN BAKAT SARAWAK BIL. 2 TAHUN 2025 : BANTUAN KOMPUTER RIBA PERCUMA DAN BAUCAR BUKU UNTUK PELAJAR SARAWAK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan (PSJ) Sesi 1/2025 akan diadakan pada 06 hingga 08 Mei 2025.
Sila rujuk Surat Tawaran berkenaan Makluman Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan (PSJ) Sesi 1/ 2025.
i. Jadual Peperiksaan PSJ Sesi 1/2025ii. Kod Kertas & Subjek yang ditawarkan di JKR Sarawakiii. Borang Permohonan PSJ
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia Peperiksaan Jabatan, Jabatan Kerja Raya Sarawak - Puan Salina Binti Juhai / Puan Florence Umba Anak Johnny di talian 082-368243
Sekian, terima kasih.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Panel Peperiksaan Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan (PSJ) dan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Sesi 1 Tahun 2025 seperti ketetapan di Lampiran A dan Lampiran B.
3. Semua calon adalah dikehendaki untuk mengemukakan permohonan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dengan menggunakan borang TRY/EXAM (2023) seperti di Lampiran 1 yang disertakan sekali bersama makluman ini. Permohonan yang lewat dikemukakan kepada pihak urus setia akan ditolak dan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
4. Kerjasama daripada semua Ketua Jabatan untuk memanjangkan perkara ini kepada semua pegawai masing-masing amatlah dihargai.
Sekian, harap maklum.
Surat Rasmi - Makluman rasmi Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan (PSJ) dan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Sesi 1 Tahun 2025
Lampiran A ...