| PENGENALAN 
 Pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara telah diamanahkan untuk menguruskan  Muzium Kucing oleh Kerajaan Negeri Sarawak sejak ia dirasmi  oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak,  Tun Datuk Patinggi Ahmad Zaidi Adruce bin Mohammad Noor pada 6 November 1993 yang bertempat  Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara, Bukit Siol, Jalan Semariang, 93050 Petra Jaya, Kuching.   Kebanyakkan dari koleksi yang terdapat di Muzium Kucing merupakan koleksi peribadi Dato’ Shahrum bin Yub, Bekas Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Negara, Kuala Lumpur yang pernah dipamerkan dalam Pameran “Kehebatan Kucing” di Galeri Muzium Negara, Kuala Lumpur  yang dibuka rasmi oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 25 November 1987.   Harapan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak untuk menubuhkan Muzium Kucing adalah tercapai apabila kerajaan negeri Sarawak membeli kesemua  koleksi peribadi Dato’ Shahrum bin Yub, Bekas Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Negara, Kuala Lumpur yang berharga RM 350,000/- yang melibatkan kira-kira 2,500 koleksi kucing (Patung/Artifak Kucing yang diperbuat dari batu marmar, gelas, kristal, tembaga, seramik, porselin, memorabilia, lukisan lakaran, gambar dan lain-lain).   Pembelian koleksi kucing tersebut adalah bertepatan dengan bandar Kuching mendapat status bandaraya dalam tahun 1988. Koleksi tersebut telah dibawa ke bandaraya Kuching untuk penjagaan pihak Jabatan Muzium Sarawak sementara  menunggu sebuah muzium kucing yang ditubuhkan khas untuk menempatkan koleksi tersebut. Koleksi tersebut telah dipamerkan di dalam galeri khas buat pertama kalinya pada 1 Ogos 1988 di Dewan Tun Abdul Razak yang telah dirasmikan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.   Kerja-kerja berkaitan pengumpulan koleksi kucing ini terus dijalankan sehingga ia diserahkan pengurusannya kepada pihak Dewan Bandaraya Kucing Utara dengan tertubuhnya Muzium Kucing untuk ditempatkan di  Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara, Bukit Siol, Jalan Semariang, 93050 Petra Jaya, Kuching.   
   LOKASI   Muzium Kucing terletak di Aras Bawah, Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching. Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara terletak di puncak Bukit Siol dengan ketinggian 60 meter di atas paras laut, yang mempunyai pemandangan yang cantik menghadap Bandar Raya Kuching yang indah.   Keluasan kawasan Muzium Kucing merangkumi 1,035.0 meter per segi yang mempunyai sebanyak empat galeri utama dan mempunyai lebih daripada 4,000 artifak kucing termasuk lukisan, memorabilia dan lain-lain.   MASA LAWATAN   Isnin - Ahad : 9.00am - 4.30pm (Kecuali Cuti Umum)  
   | ATAS |   KOLEKSI KUCING YANG MENAKJUBKAN 
 GALERI A   
Santubong (Ibu Negeri Sarawak Yang Pertama)Bagaimana Bandar Raya Kuching Mendapatkan Nama?Kuching DahuluRajah-Rajah Putih Negeri SarawakGabenor-Gabenor Semasa Pemerintahan Koloni di SarawakPejuang-Pejuang SarawakPresiden-Presiden Majlis Perbandaran KuchingDatuk Bandar Kuching Utara dan SelatanBandar Raya Kuching SekarangGaleri Orang KenamaanPengenalan Mengenai KucingKucing Dalam Masyarakat MelayuKucing Dalam Masyarakat CinaCerita Dongeng Kaum IbanManeki-Neko (Kucing Mengundang)Kucing Dalam Masyarakat JepunKoleksi Satora Tsuda   GALERI B   
Kucing MembongkokKucing BergaduhKucing Pada Zaman Mesir PurbaTempat Kucing BerjalanKucing TidurKucing BermainThomas Stearns ElliotIkan SembilangKoleksi Lukisan Kucing Nakahama MinoruKucing Dalam Kesenian TimurKucing Dalam Kesenian Moden BaratKucing Dalam SetemKoleksi Jane Yap Jian Yi   GALERI C   
Lima Peringkat Usia KucingPerkuburan KucingMengangkat dan Memegang KucingMisai KucingMata KucingKucing Dalam KadKucing Dalam PosterBerbagai Jenis Baka KucingGaleri Kucing Hutan BorneoGua KucingKucing Hutan NorwayKucing BengalKucing Dalam MuzikKucing Dalam PengiklananKucing Dalam Zaman PertengahanKucing Tidak Bertuan   GALERI D   
 
Koleksi Barangan GarfieldKoleksi Buku-Buku KucingSudut Kanak-KanakKucing Sebagai TemanKoleksi Barangan Hello KittyGaleri Kucing SarawakPameran Kucing KontemporariCenderamata Daripada Pencinta-Pencinta Kucing | ATAS | |