Disambut pada 8 Mac setiap tahun, Hari Wanita Sedunia merupakan penghormatan kepada sumbangan dan pencapaian wanita dalam pelbagai bidang, termasuk sosial, ekonomi, budaya, dan politik. "Wanita Beraspirasi, Membina Legasi", menggambarkan semangat dan tekad wanita dalam mengejar impian serta mencipta perubahan yang bermakna. Dengan keazaman dan usaha yang berterusan, wanita bukan sahaja mencapai kejayaan peribadi, tetapi juga meninggalkan warisan yang memberi inspirasi kepada generasi akan datang. Marilah kita bersama-sama menghargai, menyokong, dan memperkasakan wanita dalam setiap aspek kehidupan.
Perpustakaan Bandaraya DBKU akan menganjurkan Pertandingan Mereka Cipta Logo Bulan Membaca DBKU 2025 pada 3 Mac 2025 hingga 7 April 2025.
◾ Penyertaan adalah percuma
◾ Terbuka kepada semua warga Kuching
◾ Tarikh tutup penyertaan 7 April 2025 (Isnin)
Sila imbas kod QR atau klik link https://forms.gle/Tre3vSrWKhEPUcRQ6
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saudara Encik Mohd Razis Bin Saleh di talian 082-507403/507099.
Salam sejahtera daripada Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (UPPSM).
2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak UPPSM akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir, Gred N6, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N3 dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N2 bertaraf Tetap di pelbagai jabatan/kementerian dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
3. Sehubungan itu, pegawai-pegawai yang memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat seperti yang dinyatakan boleh mengemukakan permohonan tersebut berserta dokumen-dokumen seperti di senarai semak (dokumen-dokumen tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang HR Corner). Tarikh tutup permohonan jawatan-jawatan yang diiklankan ialah pada 24 Mac 2025. Untuk maklumat lanjut, sila klik lampiran yang dikepil bersama.
Sekian, terima kasih.
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PELAKSANA TETAP
Salam sejahtera daripada Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (UPPSM).
2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak UPPSM akan melaksanakan urusan kemajuan gred bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir, Gred N6 (JBC) dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N2 (JBC) di pelbagai jabatan/kementerian dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
3. Sehubungan itu, pegawai-pegawai yang memenuhi syarat-syarat kemajuan gred seperti yang dinyatakan boleh mengemukakan permohonan tersebut berserta dokumen-dokumen seperti di senarai semak (dokumen-dokumen tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang HR Corner). Tarikh tutup permohonan jawatan-jawatan yang diiklankan ialah pada 24 Mac 2025. Untuk maklumat lanjut, sila klik lampiran yang dikepil bersama di bawah.
Sekian, terima kasih.
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PELAKSANA JBC
Sempena Bulan Ramadan, Perpustakaan Bandaraya DBKU akan beroperasi :-
Isnin - Jumaat : 9:00 pagi hingga 5:00 petang,
Sabtu - Ahad : 10:00 pagi hingga 5:00 petang,
Cuti umum : Tutup
**(Kaunter akan ditutup 4:30 petang)