The new WLAN CA cert 2025 is available for download from sarawaknet.gov.my to replace WLAN CA cert 2022.
This mainly targeted for Android or others applicable device / OS that mandatory to select a valid certificate while connecting to SarawakNet WiFi.
For such device user, If connect fail please refer to section 2.3 of latest WiFi manual v4.1:
· Download and Install latest WLAN CA 2025
· Forget SarawakNet WiFi and reconnect with appropriate setting
Thanks and Regards
Digital Infrastructure and System Engineering
Sarawak Information Systems Sdn. Bhd.
Dimaklumkan bahawa Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak akan diadakan pada 14 Jun 2025, bertempat di Limbang, Sarawak. Bagi memeriahkan sambutan perayaan pada tahun ini, pihak YBhg. Dato Sri/ Datuk/ Datu/ Dato/ Tuan/ Puan adalah diminta untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan Ibu Pertiwi di bangunan-bangunan Kerajaan Sarawak, Persekutuan dan Swasta termasuk premis-premis perniagaan mulai 9 Jun sehingga 15 Jun 2025. (Sila klik di sini untuk Surat Pekeliling penuh).
Dimaklumkan bahawa Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-XVII Peringkat Sarawak akan diadakan pada 14 Jun 2025, bertempat di Limbang, Sarawak yang akan melibatkan acara-acara rasmi dilokasi yang berbeza. Sehubungan dengan itu, sukacita disyorkan agar Setiausaha Tetap, Residen Bahagian dan Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan menggunakan kenderaan rasmi masing-masing atau mengurus kenderaan rasmi dari pejabat di bahagian-bahagian yang berhampiran untuk digunakan semasa menghadiri majlis ini. (Sila klik di sini untuk Surat Pekeliling penuh).
PEMAKLUMAN MENGENAI PENGGUNAAN APLIKASI CORRESPONDENCE AND CASE TRACKING UNIFIED SYSTEM (CACTUS) UNIT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (UPPSM), JABATAN PREMIER SARAWAK
Dengan segala hormatmya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa bermula 9 Jun 2025 pejabat UPPSM akan menggunakan aplikasi CACTUS sepenuhnya selaras dengan Surat Pekeliling ICT Bil.1 Tahun 2024 berkenaan Pelaksanan dan Penggunaan aplikasi Correspondence And Case Tracking Unified System (CACTUS) bagi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak bertarikh 23 Julai 2024, Ruj: JPS/UDPA/100-1/2/1 JLD.1 (6).
3. Sehubungan itu, penghantaran surat ke pejabat ini hendaklah dibuat melalui CACTUS. Walaubagaimanapun, pemakluman ini tidak terpakai bagi surat atau dokumen terperingkat yang masih memerlukan serahan secara fizikal. Bagi agensi yang tiada akses CACTUS, hendaklah menghantar minit / surat / memorandum rasmi melalui alamat emel pegawai seranta bahagian registri seperti yang tertera.
Sekian.
Pegawai Seranta:
I. Khamarul Khamal bin Safian | ...
Makluman Penggunaan Aplikasi Correspondence and Case Tracking Unified System (CACTUS ) Bagi Unit Transformasi Dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak.