Sukacita dimaklumkan bahawa Panel Peperiksaan Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan (PSJ) dan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Sesi 2 serta Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Tahun 2025.
Surat MaklumanLampiran A - Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan (PSJ)
Lampiran B - Jadual Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK)
Lampiran C - Jadual Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Borang Permohonan - Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan
Pegawai seranta:
Mufidah Hanum Binti Yusuf - 082-495984
Amirul Bin Akil - 082-495905
Betty Hii Ing Tim - 082-495928
PEMAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TASKA JABATAN PREMIER SARAWAK BAGI TAHUN 2026
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Taska Jabatan Premier Sarawak bagi sesi tahun 2026 akan dibuka bermula 1 Ogos 2025 sehingga 30 September 2025. Keutamaan permohonan akan diberikan kepada anak-anak kakitangan yang bertugas di Bangunan Wisma Bapa Malaysia dan sekiranya masih terdapat kekosongan, permohonan akan dibuka kepada anak-anak kakitangan Kementerian / Jabatan / Agensi di luar Wisma Bapa Malaysia. Pihak tuan / puan boleh mendapatkan borang permohonan dan dimuat turun melalui portal SarawakNet.
Borang permohonan hendaklah dihantar terus kepada pihak Unit Pentadbiran sebelum tarikh 30 September 2025. Segala permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima. Sebarang pertanyaan tuan / puan boleh berhubung terus dengan Puan Nurul Hidayah Mohd Hafiz di talian 082-449492 atau email n.hidayah@sarawak.gov.my
Garis Panduan Permohonan Kemasukan ke TASKA JPSBorang Permohonan Taska Perdana JPS
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak akan mengadakan Simposium Psikologi, Kaunseling dan Kesejahteraan Perkhidmatan Awam Sarawak seperti ketetapan berikut:
✅Tarikh: 19 September 2025 (Jumaat)
✅Masa: 8.00 Pagi - 5.00 Petang
✅Tempat: Imperial Hotel, Kuching, Sarawak
Untuk makluman, objektif simposium adalah seperti berikut:
(i) menyediakan platform untuk penjawat awam membentangkan penemuan kajian dan perspektif terkini yang berkaitan dengan psikologi dan kaunseling serta pengurusan sumber manusia,
(ii) mempertingkatkan pengetahuan penjawat awam melalui perkongsian ilmu yang diperolehi semasa symposium bagi mengoptimumkan proses kerja dan produktiviti
(iii) mengalakkan kerjasama dan jalinan hubungan antara ahli SCS-CoP, SCS-KSP dan penjawat awam Perkhidmatan Awam Sarawak dalam inisiatif-inisiatif baharu berkenaan dengan psikologi dan kaunseling di tempat kerja dan;
(iv) meningkatkan sumbangan ilmiah melalui ...
Bersama-sama ini dikemukakan Surat Makluman berkenaan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan (PSJ) Sesi 1 Tahun 2025 seperti di Lampiran A dan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Sesi 1 Tahun 2025 seperti di Lampiran B .
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia peperiksaan Encik Amirul Bin Akil dan Puan Betty Hii Ing Tim di talian 082-495928.
Sekian, harap maklum.